Jumaat, 10 April 2015

Assalamualaikum,Salam sejahtera kepada rakan rakan saya.Pada hari ini bemulanya perkongsian saya dengan anda semua yang bertajuk TKRS atau KRS.                                                                                                                                  Pengertian logo
  • Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
  •  Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
  •  Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
  •  Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
  •  Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
  •  Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia
  • Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

 LAGU KRS
Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang, keamanan Negara,
Menjayakan ilmu, iman dan amal.
Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kereatif,
Kearah kecermelangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.
Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada pencipta.
Remaja hayati budaya,
Ilmu, iman dan amal,
Tetapkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.


Bendera KRS
Bendera KRS
Bendera KRS

Warna Hijau melambangkan

  •           Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
  •            Laluan hidup yang jelas untuk masa  depan.
  •            Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS


Cogan Kata KRS
’ ILMU IMAN AMAL’
                     
  • ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
  • IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
  • AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.
ASSALAMUALAIKUM,KEPADA RAKAN RAKAN SAYA.HARI INI SAYA AKAN BERKONGSI DENGAN KAMU TENTANG SEJARAH PERTUBUHAN TKRS ATAU KRS.Kadet Remaja Sekolah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Mohd. Thani bin Sha'ban dari SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan berunifom kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua.

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal selain mempunyai akhlak yang mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam sebagai cara hidup ( ad-Deen ).

Mulai 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya SM. Taman Tun Dr. Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazila Abdul Ghani, SM Seri Titiwangsa dipimpin oleh Encik Anuar bin Abdul Aziz dan SMA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor dipimpin oleh Encik Abu Hassan Morad.

Pada 1993, sebanyak 53 buah sekolah dari seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah KPM telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dan hasilnya, satu jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).

Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Y Bhg Datuk Dr Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum dan jantina.

Upacara pelancaran KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di SMK Raja Abdullah.